Isnin, 19 Oktober 2015

Asrama Lama

Ok, cerita ini aku ambil dari adik angkat aku..
Dan aku akan menceritakan apa yang diceritakan dari mula sampai habis.


First, kami ni dah duduk dekat asrama ni dah lama iaitu aku dan ika.. then kami memang dah biasa dengar bende2 pelik kat asrama ni.. tiap malam tibanya pukul 12 ade je bende yang mengacau.. contohnya seperti kedengaran budak menagis, ada jugak dengar suara mengilai dan macam2 benda pelik yang berlaku.. suatu hari tu ada student baru masuk asrama ni.. nama dia Azyan dia satu dorm dengan aku dan ika.. kelas kami pun sama.. so kami pun pegi la kenal dengan si Azyan tu.. Azyan ni agak pendiam .. lama2 tu dia dah biasa dengan kami dan dia pun dah jadi kawan baik kami .. oneday tu dia tidur kat dorm sorang2.. kami semua pergi dewan makan untuk makan malam.. cuma dia je yang tak makan.. sebab dia kata dia tak nak makan.. so kami biarkan je dia balik dorm.. time dia tengah tidur tu.. dia terjaga dan dia ade terdengar budak menangis.


gambar hiasan

dia pun dah mula rasa takut. tapi pada mulanya dia buat tak tahu seperti macam tak ada apa2 yang berlaku.. then kali ni suara mengilai tu pun keluar.. tetiba dia pun keluar dari dorm pergi dekat aku dan ika sambil menangis2.. kami berdua pun terkejut kenapa dia menangis.. lepas tu dia tanya " korang dengar tak bunyi tu" kami pun cakap la "tak dengar apa pun" sebabnya kami tak nak bagi dia takut.. then aku cakap "hayalan je tu dah jangan nangis" lepas tu dia pun balik kat tempat tidur dia.. dalam pukul 3 pagi.. aku nak ajak si Azyan ni teman pergi toilet.. bila aku bangun aku pergi kat katil dia.. tapi dia dah tak ada kat katil.. maybe dia pergi toilet.. so aku pergi kejutkan ika suruh teman.. dia pun teman la.. bila sampai kat toilet aku nampak azyan duk berdiri depan cermin toilet tapi di pandang bawah je.. 

aku cakap kat ika "hah tu dia tapi asal lain macam je aku tengok dia ni" then ika cakap "tu la rasa seram pula" pastu aku pun tegur dia "Azyan kau ok ke?" tapi dia tak jawab.. sekali ika macam kuat kan suara dia "Azyan kau boleh tak jangan memain memalam buta ni? " Azyan jawab "ni bukan malam ni pagi" suara agak garau aku cakap "pandai kau jawab bila aku tanya kenapa kau tak jawab lak?" azyan cakap "baik korang pergi" .. dia pandang cermin sambil ketawa sesorang.. aku cakap "dah kenapa kau gelak2" pastu dia cakap "BAIK KORANG PERGI SEKARANG!!!" jerit dengan suara yang garau.. tetiba cermin depan tu pecah.

Gambar hiasan

aku dengan ika lari lintang pukang.. bila sampai dorm, tengok2 azyan tengah tidur lena dekat katil.. aku ngan ika pandang eyes to eyes.. aku cakap " weyh siapa yang kita jumpa kat toilet tadi weyh" ika pun cakap "aku pun tak tahu la weyh".. aku ngan ika pergi kat katil cepat2 baca ayat kursi.. time tu bende tu mengilai kuat gila sampai naik gile aku.. hehe.. then sampai setengah ayat kursi kami baca then suara mengilai tu hilang.. esok paginya.. aku dan ika demam.. sebab baru first time kami jumpa perkara pelik kat tandas semalam.. kami tak keluar dorm.. pastu azyan datang dia bagi roti dan air kat kami.. then kami bertiga berbual bual dengan kami.. malam tu aku, ika dan azyan pergi beli makanan kat dewan jap.. pastu azyan kata nak pergi toilet.. aku pun cakap la "  nak kiteorang teman ke?" 

dia kata "tak ape aku boleh pergi sendiri" then aku cakap "ok" .. tungg punya tunggu kat dorm.. lama betul dia pergi tandas.. then aku dan ika tanya kawan sedorm kami "azyan mne nampak dia tak? dari tadi gi tandas tak balik lagi?" pastu kawan sedorm tu cakap "eh azyan? dia kan dah berhenti belajar kat asrama ni" aku ngan ika pun terkejut "hahh betull kee??" budak tu kata "ye dia keluar pagi tadi" then kami pun buat perkara yang sama baca ayat kursi bagi tenang..

~THE END~

Arti Seorang Sahabat Antara Aku dan Kau

Dalam dunia ni kita tidak punyai siapa-siapa. Kecuali diri sendiri. Sebenarnya dalam kesendirian kita, kita mempunyai sahabat yang memahami kita.

Sebagai seorang sahabat kita merasakan dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaanya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutupi kesalahan dan membela diri.

Ok, petang ni aku ingin menceritakan mengenai perkenalan aku dengan salah seorang sahabat aku..

Perkenalan yang tak disangka bermula ketika kami menuntut di tingkatan satu, sekolah yang sama. negeri yang sama, tapi berlainan latar belakang & namun mempunyai keputusan yang sama iaitu rahsialah .. hehe.. kami kenal dalam satu kelas.. dari tingkatan 1 hingga 5 kami kelas sama.. kecuali form 3 kelas yang berbeza.. aku tak tahu macam mana aku boleh kenal dengan dia.


Walaupun keputusan kami sama, mungkin nasib & rezeki yang berbeza menyebabkan kami menuju haluan masing-masing. mungkin lepas lepas aku berpindah kami tidak dapat berjumpa.. manakala rakan-rakanku yang lain pula akan menuju ke tempat yang lebih baik persikataran & pembelajarannya.. Namun, aku tetap bersyukur kerana masih mempunyai rakan-rakan seperti mereka..

Berbalik kepada SAHABATKU tadi, dia merupakan sahabat yang baik, walaupun perkenalan kami hanya disekolah, di telefon & aku melihat gambar yang dihantarnya sahaja.. tetapi aku berfikir untuk membuat whatsapp group.. supaya dapat komunikasi dengan rakan yang lain.. aku agak selesa berkawan dengannya, seperti perkenalan kami sudah lama.

Walau di mana pun kami sahabat tidak akan terpisah.. sama2 senang dan sama2 susah..

Ayat aku yang terakhir.. carilah sahabat.. yang bilamana memandang wajahnya... teringat kita kan Allah.. apabila mendengar perbualannya, iman kita akan bertambah.. apabila mendampinginya.. hati kan menjadi tenang.. itulah diantaranya terdapat tanda seorang sahabat yang sejati..

Ahad, 18 Oktober 2015

Luahan Hati Kecil Saat Terluka

Assalamualaikum,

Ini Kali Pertamanya Saya Luahkan Apa Yang Saya Rasa Di Blog..


Saya Nak Awak Baca Luahan Hati Saya Ni..


Awak tak faham dan tak pernah faham... tahu sebab apa? Sebab awak tak pernah mencuba memahami apa yang saya cuba lakukan.. awak tak pernah selami niat yang terselindung disebalik perbuatan dan kata-kata saya.. awak tak pernah nampak apa yang saya buat untuk awak.. bagi awak, saya hanya boneka permainan awak.. bila awak perlukan saya, awak cari saya.. dan sebaliknya, bila awak tak perlukan saya, awak senyap tanpa contacts saya.. sampai la saya yang contacts awak.. saya cuba untuk menegur awak tapi awak anggap saya ni penyibuk(semak) dan pengacau hidup awak.. saya bukan penyibuk awak dan pengacau hidup awak.. saya tegur awak saya chat awak or anything sebab saya tak sanggup lihat awak bersedih, saya tak sanggup lihat air mata awak berlinangan.. saya cuba gembirakan awak dengan pelbagai cara dan usaha.. saya abaikan segalanya demi awak.. tahu kenapa? sebab saya sayang sangat kat awak... tapi khilafnya.. sayang saya,rindu saya,perbuatan saya,teguran saya.. disalah ertikan oleh awak... walaupun saya cuba membetulkan apa yang silap, apa yang salah... namun salah saya tetap ada dimata awak.. saya tak pernah salahkan awak dalam segala aspek.. teguran saya,sayang saya,perbuatan saya untuk awak, semua tu dengan rela dan ikhlas.. sebab awak.. demi awak..tapi tu pun awak masih tak nampak lagi..





 tapi kan awak.. saya silap,saya salah.. walaupun kita dah

''COUPLE" saya still tak berhak untuk membuat teguran keatas awak.. saya tak berhak untuk membetulkan kesalahan dan kesilapan awak.. bila saya tegur,bila saya bersuara,awak andaikan saya ni nak mengongkong awak.. saya nak "CONTROL" hidup awak.. tapi awak silap saya bukan lah nak mengongkong atau control hidup awak.. tapi apa yang saya buat tu untuk kebaikan awak semata-mata.. dan awak juga pernah berpesan pada saya untuk menegur awak jika awak melakukan kesalahan ataupun perkara yang saya rasa tak elok dimata ni... so, saya laksanakan amanat awak.. tapi khilafnya.. awak lupa tentang semua tu.. awak lupa dengan kata-kata yang awak ungkap dulu.. tapi awak cakap saya ni penyibuk.. tergamaknya awak cakap macam tu pada saya.. tergamaknya awak lukakan hati saya.. walaupun selama ni saya pernah terasa hati dengan kata-kata dan perbuatan awak..

 saya sabarkan jek.. saya pendamkan segalanya.. sebelum ni saya tak bersuara pun tentang hati saya

 yang terluka.. saya tak nak awak rasa bersalah.. dan saya tak ingin buat awak terluka.. saya pernah cakap yang saya akan buat yang paling terbaik untuk awak.. tapi sekarang, setiap kali saya cuba untuk buat yang terbaik untuk awak... awak tak pernah bagi sokongan.. awak tak pernah bagi kata semangat.. bila saya bersuara pasal ni.. awak cakap macam dekat saya.. mudahkan awak menilai saya.. tanpa sebarang pertanyaan pun.. saya pendamkan je awak dan saya "ye" kan aje.. saya maafkan setiap kata-kata dan perbuatan awak.. 


awak.. malam tadi (18/10/15) saya tanya awak kenapa awak sayang saya kan? tapi awak jawab simple.. awak cakap "nak cakap baik.. tapi jahat sangat" awak nak tahu tak sakitnya hati bila awak cakap macam tu.. sebenarnya saya sengaja nak tanya awak cam tu sebab saya nak awak saya soal balik dan tanya saya "awak sayang saya sebab apa pula" saya tunggu wak soalan tu dari awak.. kalau awak nak tahu saya akan jawab "sye mncntai awk sbb awk mrupakn prkara yg trindh yg prnh brlku dlm idup sye.. xmngkin sye mlupkn awak.. sbb awak mrupkn sglanya bgi sye.. sye juga turut mngakui kdng2 cinta kite diuji ngn ranjau n duri.. tpy prcyalh.. ia tdk sdkit pn mngurngkn cnta sye kpada awk".. tapi awak tak terlintas nak tanya saya macam tu.. saya mengharap sangat.. tapi musnah harapan saya sebab awak tetiba buka topik lain dan mengatakan saya ni seorang menipu!!! kenapa awak? hmm awak saya pernah janji kan saya tak kan tipu awak.. ya .. sya lakukan janji saya tu.. tapi awak dah hilang keprcayaan pada saya .. dan tuduh saya bukan-bukan.. tapi tak apalah.. saya faham.. 

awak, saya rasakan cukup sampai sini jelah saya luahkan ape yang saya rasa..

Saya minta maaf kalau saya buat hati awak2 terasa.. saya tak mampu nak luahkan dekat awak.. hmm

Salah dan silap atau terkasar bahasa saya minta maaf..

Diakhiri dengan ASSALAMUALAIKUM....