Ahad, 18 Oktober 2015

Luahan Hati Kecil Saat Terluka

Assalamualaikum,

Ini Kali Pertamanya Saya Luahkan Apa Yang Saya Rasa Di Blog..


Saya Nak Awak Baca Luahan Hati Saya Ni..


Awak tak faham dan tak pernah faham... tahu sebab apa? Sebab awak tak pernah mencuba memahami apa yang saya cuba lakukan.. awak tak pernah selami niat yang terselindung disebalik perbuatan dan kata-kata saya.. awak tak pernah nampak apa yang saya buat untuk awak.. bagi awak, saya hanya boneka permainan awak.. bila awak perlukan saya, awak cari saya.. dan sebaliknya, bila awak tak perlukan saya, awak senyap tanpa contacts saya.. sampai la saya yang contacts awak.. saya cuba untuk menegur awak tapi awak anggap saya ni penyibuk(semak) dan pengacau hidup awak.. saya bukan penyibuk awak dan pengacau hidup awak.. saya tegur awak saya chat awak or anything sebab saya tak sanggup lihat awak bersedih, saya tak sanggup lihat air mata awak berlinangan.. saya cuba gembirakan awak dengan pelbagai cara dan usaha.. saya abaikan segalanya demi awak.. tahu kenapa? sebab saya sayang sangat kat awak... tapi khilafnya.. sayang saya,rindu saya,perbuatan saya,teguran saya.. disalah ertikan oleh awak... walaupun saya cuba membetulkan apa yang silap, apa yang salah... namun salah saya tetap ada dimata awak.. saya tak pernah salahkan awak dalam segala aspek.. teguran saya,sayang saya,perbuatan saya untuk awak, semua tu dengan rela dan ikhlas.. sebab awak.. demi awak..tapi tu pun awak masih tak nampak lagi..





 tapi kan awak.. saya silap,saya salah.. walaupun kita dah

''COUPLE" saya still tak berhak untuk membuat teguran keatas awak.. saya tak berhak untuk membetulkan kesalahan dan kesilapan awak.. bila saya tegur,bila saya bersuara,awak andaikan saya ni nak mengongkong awak.. saya nak "CONTROL" hidup awak.. tapi awak silap saya bukan lah nak mengongkong atau control hidup awak.. tapi apa yang saya buat tu untuk kebaikan awak semata-mata.. dan awak juga pernah berpesan pada saya untuk menegur awak jika awak melakukan kesalahan ataupun perkara yang saya rasa tak elok dimata ni... so, saya laksanakan amanat awak.. tapi khilafnya.. awak lupa tentang semua tu.. awak lupa dengan kata-kata yang awak ungkap dulu.. tapi awak cakap saya ni penyibuk.. tergamaknya awak cakap macam tu pada saya.. tergamaknya awak lukakan hati saya.. walaupun selama ni saya pernah terasa hati dengan kata-kata dan perbuatan awak..

 saya sabarkan jek.. saya pendamkan segalanya.. sebelum ni saya tak bersuara pun tentang hati saya

 yang terluka.. saya tak nak awak rasa bersalah.. dan saya tak ingin buat awak terluka.. saya pernah cakap yang saya akan buat yang paling terbaik untuk awak.. tapi sekarang, setiap kali saya cuba untuk buat yang terbaik untuk awak... awak tak pernah bagi sokongan.. awak tak pernah bagi kata semangat.. bila saya bersuara pasal ni.. awak cakap macam dekat saya.. mudahkan awak menilai saya.. tanpa sebarang pertanyaan pun.. saya pendamkan je awak dan saya "ye" kan aje.. saya maafkan setiap kata-kata dan perbuatan awak.. 


awak.. malam tadi (18/10/15) saya tanya awak kenapa awak sayang saya kan? tapi awak jawab simple.. awak cakap "nak cakap baik.. tapi jahat sangat" awak nak tahu tak sakitnya hati bila awak cakap macam tu.. sebenarnya saya sengaja nak tanya awak cam tu sebab saya nak awak saya soal balik dan tanya saya "awak sayang saya sebab apa pula" saya tunggu wak soalan tu dari awak.. kalau awak nak tahu saya akan jawab "sye mncntai awk sbb awk mrupakn prkara yg trindh yg prnh brlku dlm idup sye.. xmngkin sye mlupkn awak.. sbb awak mrupkn sglanya bgi sye.. sye juga turut mngakui kdng2 cinta kite diuji ngn ranjau n duri.. tpy prcyalh.. ia tdk sdkit pn mngurngkn cnta sye kpada awk".. tapi awak tak terlintas nak tanya saya macam tu.. saya mengharap sangat.. tapi musnah harapan saya sebab awak tetiba buka topik lain dan mengatakan saya ni seorang menipu!!! kenapa awak? hmm awak saya pernah janji kan saya tak kan tipu awak.. ya .. sya lakukan janji saya tu.. tapi awak dah hilang keprcayaan pada saya .. dan tuduh saya bukan-bukan.. tapi tak apalah.. saya faham.. 

awak, saya rasakan cukup sampai sini jelah saya luahkan ape yang saya rasa..

Saya minta maaf kalau saya buat hati awak2 terasa.. saya tak mampu nak luahkan dekat awak.. hmm

Salah dan silap atau terkasar bahasa saya minta maaf..

Diakhiri dengan ASSALAMUALAIKUM....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan