Isnin, 19 Oktober 2015

Arti Seorang Sahabat Antara Aku dan Kau

Dalam dunia ni kita tidak punyai siapa-siapa. Kecuali diri sendiri. Sebenarnya dalam kesendirian kita, kita mempunyai sahabat yang memahami kita.

Sebagai seorang sahabat kita merasakan dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaanya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutupi kesalahan dan membela diri.

Ok, petang ni aku ingin menceritakan mengenai perkenalan aku dengan salah seorang sahabat aku..

Perkenalan yang tak disangka bermula ketika kami menuntut di tingkatan satu, sekolah yang sama. negeri yang sama, tapi berlainan latar belakang & namun mempunyai keputusan yang sama iaitu rahsialah .. hehe.. kami kenal dalam satu kelas.. dari tingkatan 1 hingga 5 kami kelas sama.. kecuali form 3 kelas yang berbeza.. aku tak tahu macam mana aku boleh kenal dengan dia.


Walaupun keputusan kami sama, mungkin nasib & rezeki yang berbeza menyebabkan kami menuju haluan masing-masing. mungkin lepas lepas aku berpindah kami tidak dapat berjumpa.. manakala rakan-rakanku yang lain pula akan menuju ke tempat yang lebih baik persikataran & pembelajarannya.. Namun, aku tetap bersyukur kerana masih mempunyai rakan-rakan seperti mereka..

Berbalik kepada SAHABATKU tadi, dia merupakan sahabat yang baik, walaupun perkenalan kami hanya disekolah, di telefon & aku melihat gambar yang dihantarnya sahaja.. tetapi aku berfikir untuk membuat whatsapp group.. supaya dapat komunikasi dengan rakan yang lain.. aku agak selesa berkawan dengannya, seperti perkenalan kami sudah lama.

Walau di mana pun kami sahabat tidak akan terpisah.. sama2 senang dan sama2 susah..

Ayat aku yang terakhir.. carilah sahabat.. yang bilamana memandang wajahnya... teringat kita kan Allah.. apabila mendengar perbualannya, iman kita akan bertambah.. apabila mendampinginya.. hati kan menjadi tenang.. itulah diantaranya terdapat tanda seorang sahabat yang sejati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan